jemput singgah & like

Isnin, 24 November 2014

Suplemen Ibu Hamil Bantu Anak Hebat

Suplemen Ibu Hamil Bantu Anak Hebat

multivitamin-dan-suplemen-bagi-ibu-hamil-prenagen
Suplemen Ibu Hamil
Perlu tahu yakni pengambilan vitamin adalah penting dan menjadi kewajiban kepada bakal-bakal ibu. Wanita hamil memerlukan nutrien yang lebih daripada ibu-ibu biasa bagi memastikan kesihatan bayinya berada pada tahap optimum.
Oleh itu suplemen yang bersesuai pada perngkat kehamilan adalah asid folik bagi mengelakkan risiko saraf bifida dan kecacatan tiub neural. Asid folik juga disarankan diambil pada se awal 3 bulan pra kehamilan apabila merancang untuk hamil.
Folic-acid-supplement-pregnancy
Asid Folik
Selain itu multivitamin yang lengkap juga adalah penting.

Kenapa perlu banyak vitamin ?

Kenyataan yang menyatakan mengambil vitamin akan menggemukkan dan menyebabkan saiz bayi besar apabila dilahirkan adalah tidak relevan.
Amalan mengambil makanan seimbang wajib diamalkan. Ini penting untuk menampung nutrien yang diperlukan oleh bayi. Multivitamin atau suplimen ibu hamil dapat melengkapkan sumber nutrisi yang diperolehi daripada makanan yang diambil oleh ibu dan tumbesaran bayi di dalam kandungan
Sekiranya mengalami proses perubahan fizikal dan hormon akan menyebabkan perubahan ketahanan fizikal dan emosi.

Pengambilan Minyak Ikan


Minyak Ikan Omega
Minyak Ikan – Omega
Menyentuh suplimen ibu hamil untuk merangsang minda anak, adalah lebih baik ibu-ibu hamil mengambil asid lemak penting seperti Omega 3, Omega 6, DHA dan EPA dalam kuantiti dan komposisi yang sesuai seawal kehamilan. Kepentingannya adalah untuk menjadikan bayi bijak dan hebat.
Minyak ikan adalah sumber terbaik asid lemak Omega 3 dan DHA.  Omega dan DHA dapat membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan.
Pembentukan secara optimum sel-sel otak ini membantu fungsi otak bayi seperti memori, fokus dan membantu pembelajaran setelah dilahirkan.
Biarpun tubuh anda memerlukan zat tambahan untuk menampung perkembangan janin, terdapat beberapa jenis suplemen yang dilarang dan tidak digalakkan pengambilannya sepanjang tempoh kehamilan.
Antara vitamin dan suplimen ibu hamil yang berbahaya adalah Vitamn A atau retinol kerana ia mungkin akan mneyebabkan kecacatan kekal pada bayi dan keracunan hati.
GLA atau Gamma Linoleic Acid yang biasa terdapat daripada sumber Evening Primrose Oil dan Borage Oil juga tidak boleh diambil kerana dikhuatri akan mengakibatkan kecacatan dan merbahaya kepada kandungan.
Selain itu pengambilan teh hijau dikalangan wanita hamil yang lazimmnya untuk elak sembelit tidak digalakkan kerana teh hijau itu mempunyai kafein yang bertindak sebagai diuretik. Diuretik meningkatkan pembuangan air dari badan. Pengambilan teh hijau akan menyebabkan lebih banyak air dikeluarkan dari badan yang menyebabkan dehidrasi.
Kandungan air yang badan yang cukup sangat penting ketika hamil. Diuretik akan menyebabkan vitamin dan nutrisi yang diserap dibuang melalui pembuangan air kecil. Oleh itu untuk elak sembelit, ibu perlu mengambil air yang mencukupi disamping buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi seratnya.

Waktu Pengambilan yang sesuai

Bagi memastikan penyerapannya maksimum, pengambilan vitami dan suplimen ini perlu diambil pada waktu yang sesuai.Kebiasaannya di galakkan diambil selepas makan untuk memastikan berlakunya penyerapan yang maksimum dan mendapat manfaat sebaiknya dari fungsi vitamin seperti kelihatan bertenaga dan cergas sepanjang hari.
Jadi ibu hamil tidak la kelihatan seperti penat,lesu walaupun bekerja sepanjang hari. Manakala zat besi pula ibu haruslah megambilya seeloknya sebelum makan kerana ia akan menyerap dengan berkesan apabila perut kosong.
Jadi pastikan pengambilan suplimen semasa hamil adalah memastikan keadaan anda dan kandungan berada pada tahap optimum tetapi yang lebih penting adalah pemakanan seimbang dan juga air yang mencukupi dimana kunci kesihatan kita ketika hamil.
Sukatan vitamin dan mineral yang diperlukan :
  • Asid folik 4ooug
  • Vitamin D 400IU
  • Kalsium 200 hingga 300mg
  • Vitamin C 70mg
Selain itu boleh juga dicadangkan ibu-ibu yang hamil mengambil suplimen ibu hamil set shaklee.

Kelebihan Set Ibu Hamil Shaklee
WAKIL JUALAN SELURUH MALAYSIA

HUBUNGI KAMI UNTUK ORDER SHAKLEE
Perlu Khidmat Rundingan?
Hubungi saya :
FB Page : Asmaa Mohamad Salleh
Shaklee Independent Distributor 

SMS/Whatsapp: 019-9426177
SERVICE 24 HOURS, 7 HARI SEMINGGU


Tiada ulasan:

Catat Ulasan