jemput singgah & like

Ahad, 1 Jun 2014

8 Tips Dan Cara Tidur Terbaik Ibu Hamil

EPISOD KETUJUH MARHALAH KEHAMILAN SAYA


“Susahnya nak tidur bila dah masuk trimester ketiga ni. Tidur sekejap terjaga sebab nak pergi tandas. Kalau tak sebab nak ke tandas pun terjaga sebab bayi bergerak sebab dia pun tak selesa! Tension betul. Esok nak kerja pula.”
Orang Perak kata libang libu dibuatnya. Rimas dan serba tak kena. Apa taknya mengiring ke kiri tak selesa, pusing pula ke kanan tapi perut pula mengeras tiba-tiba. Keadaan ini sering terjadi kepada ibu hamil terutamanya di trimester ketiga. Bayi dalam kandungan kian membesar dan menjejaskan keselesaan ibu mengandung ketika tidur.
Ibu hamil dan juga suami wajib ingat perkara ini! Keselesaan ibu hamil yang tenang ketika tidur sangat berkait rapat dengan keselamatan bayi dalam kandungan. Jadi apakah tips yag selesa dan selamat untuk ibu hamil tidur? Apakah tips dan cara tidur terbaik ibu hamil?

1. Tempat tidur yang selesa

Tak sabar nak pulang dari kerja jika ada bilik tidur macam ni
Sebelum ibu hamil mencuba tips yang lain, pastikan tempat tidur kita berada di dalam keadaan yang bersih dan kemas. Tak mungkin kita nak tidur di katil yang bersepah dengan longgakan baju, bukan? Alihkan segala barang elektronik seperti telefon bimbit, televisyen atau jam jauh dari kita. Selain itu boleh menyalakan minyak aroma terapi yang menenangkan fikiran. Antara minyak aroma yang sesuai adalah haruman lavender.

2. Mandi atau berendam dengan air panas sebelum tidur


Mandi malam tak bagus ke? Itu hanya mitos lama
Ketika hamil kebanyakan ibu hamil akan mengalami ‘kepanasan’ badan yang luar biasa. Kadang-kadang di dalam bilik yang berhawa dingin pun boleh berpeluh. Ini akan menyebabkan ketidak selesaan untuk tidur. Apakata cuba tips ini. Berendam di dalam air panas atau jika tiada tab mandi, boleh juga mandi di bawah pancuran air panas. Mandi air panas dapat membuka liang roma sekaligus mengurangkan sengal dan sakit di bahagian kaki dan badan. Ianya pasti memudahkan ibu hamil tidur dengan nyenyak kelak.

3. Tidur dengan posisi mengiring

Posisi mengiring ke kiri lebih baik untuk ibu hamil
Posisi mengiring adalah posisi terbaik untuk ibu hamil terutamanya kepada mereka yang mempunyai terlalu banyak air ketuban atau hamil anak kembar. Ibu hamil digalakkan untuk tidur mengiring ke kiri kerana darah akan mengalir ke fetus, uterus dan ginjal anda. Elakkan posisi tidur terlentang kerana ini akan menyebabkan tekanan kepada usus dan vena besar (vena cavar inferior) dan mengganggu peraliran darah kembali ke jantung anda. Sekiranya ibu hamil terjaga pada tengah malam dan mendapati diri sedang tidur di dalam posisi terlentang, usah bimbang. Ia tidak membahayakan bayi. Ibu hamil cuma perlu alih ke posisi mengiring mengikut keselesaan diri sendiri.

4. Lebihkan bantal untuk sokongan


Tengok pun dah tahu. Selesakan?
Mencari posisi yang sesuai semasa tidur memang menyukarkan bagi para ibu hamil. Namun adakah kita tahu bantal yang baik dapat meningkatkan kualiti tidur ibu hamil? Cuba letakkan bantal di bawah perut ketika baring mengiring dan kepitkan bantal di celah peha untuk menyokong tulang belakang. Selain itu, meletakkan bantal di bahagian belakang juga dapat memberi keselesaan kepada ibu hamil. Jika ibu hamil mahu lebih selesa, saya cadagkan cuba tidur dengan bantal kehamilan yang direka khas untuk ibu hamil.

5. Berurut sebelum tidur

Leganya dapat urut dari suami
Setelah seharian bekerja, ketika inilah waktu yang sesuai untuk bermanja dengan suami. Minta suami untuk mengurut bahagian badan yang sakit seperti bahu, kaki dan tulang belakang. Lakukan urutan ini sekurang-kurangnya 10-15 minit sebelum tidur agar peraliran darah dapat mengalir dengan baik ke seluruh tubuh. Ingat, urutan kasih sayang ini bukan sahaja dapat melegakan ibu hamil malah dapat mempengaruhi emosi wanita hamil.

6. Elakkan makanan pedas dan berasid

Lupakan sementara makanan kegemaran kita
Selalunya makan makanan pedas akan menyebabkan pedih ulu hati disebabkan kerana perubahan hormon dan fizikal dalam badan. Bayi yang semakin membesar memenuhi ruang abdomen dan menekan asid perut kembali ke esophagus menyebabkan rasa pedih di dada. Bagi mengelakkan rasa pedih ulu hati ini, ibu hail perlu elakkan makanan yang pedas dan berasid. Selain itu, kurangkan makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Sebaliknya makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

7. Minum air banyak di siang hari, kurangkan minum air di waktu malam

Minumlah air secukupnya
Pasti ibu hamil tidak mahu tidur ternganggu untuk berulang-alik ke tandas membuang air. Betul tak? Situasi ini dapat dielakkan dengan mengurangkan minum air pada malam hari. Sebaliknya banyakkan minum air pada siang hari sahaja. Jika pundi kencing penuh, bayi pun akan mengeras. Pasti akan menganggu tidur malam ibu hamil.

8. Makan Ostematrik Shaklee sebelum tidur


Amalan ostematrix shaklee sebelum tidur dapat membantu ibu hamil mendapat tidur yang selesa terutamanya ibu hamil yang sering mengalami kekejangan kaki dan sakit belakang. Ini adalah situasi biasa semasa hamil. Ostematrik memberi nutrisi kalsium dan magnesium lengkap kepada ibu hamil. Semasa tempoh kehamilan ibu hamil jangan abaikan keperluan kalsium. Ibu hamil wajib membaca kebaikan ostematrix shaklee (klik sini) 

Ini sahaja yang dapat saya kongsikan pada segmen marhalah kehamilan saya kali ini. Semoga dapat bermanfaat dan menjadi panduan berguna kepada ibu hamil sekalian. Untuk ibu-ibu hamil yang ingin mencari vitamin ibu mengandung bolehlah klik di sini.  


Okay, terima kasih kerana sudi membaca entri ini. Selamat beramal dan enjoy pregnancy!

Vitamin Ibu Hamil: Vitamin Mengatasi Morning Sickness

Vitamin ketika morning sickness

Saat kehamilan adalah saat yang indah buat semua wanita. Wanita memang istimewa kerana dipilih Allah SWT untuk merasai keajaiban ciptaan mahkluknya yang bernama manusia. Bertuahkan jadi wanita? Setuju?

Tapi saat indah kehamilan itu akan bertukar menjadi masalah yang merunsingkan, meletihkan, meloyakan dan kadang kala mencapai tahap kritikal apabila mengalami alahan atau morning sickness. Kebanyakan ibu hamil mengalami morning sickness di awal kehamilan.




Pengambilan vitamin B Complex dan Ostematrix dapat membantu ibu hamil mengatasi gejala morning sickness ini. Mari kita baca kebaikan kedua-dua vitamin ini.

Antara kebaikan B Complex

  • B complex boleh melegakan mabuk, loya pening dan morning sickness di kalangan ibu hamil. Membantu dalam pembentukan hemoglobin
  • Membantu pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan
Boleh baca perincian tentang vitamin B Complex di sini

Antara kebaikan Ostematrix


  • Bantu tidur lena sepanjang malam
  • Badan terasa bertenaga & mudah bangun pagi keesokan harinya, terutama apabila digabung dengan pengambilan Shaklee B-Complex
  • Menghilangkan lenguh-lenguh & bisa-bisa badan
  • Mengurangkan rasa sakit pinggang & kejang kaki terutama buat ibu hamil 
  • Melawaskan sistem penghadaman – mudah ‘membuang’ keesokan harinya (bukan cirit birit)

Kombinasi B Complex dan Ostematrix memang terbukti berkesan dalam menangani gejala morning sickness di peringkat awal kehamilan. 

Kalsium dikenali sebagai Ostematrix..gabungan Calcium Magenisum lengkap dengan vitamin D… Sebiji OsteMatrix membekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji OsteMatrix setiap hari

Ketiadaan kalsium menyebabkan maklumat tidak sampai kepada penerima iaitu otot dan saraf. Akibatnya, badan tidak dapat bergerak kerana tidak menerima arahan. Gejala paling ringan ialah, kekejangan otot atau pun cramp yang sering berlaku ketika mengandung.

Sila baca perincian tentang Ostematrix di sini

Jadi untuk ibu hamil yang mengalami alahan, tak lalu makan dan loya, cubalah banyakkan makan kalsium dan B-Complex. 

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:Asmaa Mohamad Salleh
♥ sms/whatsApp: 0199426177

Ostematrix Shaklee: Atasi lenguh dan sakit belakang semasa hamil

Ostematrix peneman setia ketika hamil

Hari ini saya berkesempatan untuk updet blog saya ini. Ramai mommy2 yang preggy tanya saya bagaimana nak atasi lenguh-lenguh badan dan kaki semasa hamil...

Biasanya time peknen ni memang sakit badan, lenguh-lenguh, sakit sendi. Tak boleh tidur malam sebab semuanya serba tak kena kan? Saya pun dah laluinya dulu.
Masa saya mengandung anak sulung, tak pernah ambil supplement Shaklee ni sebab tak bertemu jodoh lagi. Hehehe..  Tapi bila mengandung anak kedua Alhamdulillah jodoh saya sampai untuk berShaklee. Memang best masa tu.

Saya memang syorkan Ostematrix ni pada kawan-kawan yang mengandung dan mereka kata memang bagus sangat. Sakit belakang dah kurang, bangun dengan cergas, senang buang air besar dan takde dah cramp lagi.

Bagaimana Ostematrix membantu ibu-ibu hamil ye?

♥ mendapat kalsium yang secukupnya untuk ibu dan anak.
♥ mengoptimumkan pengambilan kalsium dengan formulasi vit D, magnesium yang 
    memastikan serapan yang bagus utk tulang
♥ menghilangkan lenguh-lenguh dan sakit belakang
♥ bangun dengan cergas tanpa rasa letih
♥ sistem penghadaman kerana ia mampu melawaskan
♥ tiada lagi cramp, simpul biawak masa mengandung.

Mari kita lihat testimoni di bawah



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:Asmaa Mohamad Salleh
♥ sms/whatsApp: 0199426177

Vitamin Untuk Ibu Mengandung Peringkat Awal Trimester Pertama

Tahniah kerana hamil!

Salam ceria semua! Semoga sentiasa sihat dan bertambah-tambah rezeki. Opps bercakap pasal rezeki ni, mungkin ada antara kita yang baru naik pangkat, dapat rumah baru, beli kereta baru, dapat anak baru dan baru sahaja disahkan mengandung. Siapa sini yang baru disahkan mengandung? Sila angkat tangan! Huhuhuhu


Set eu four pack terbaik untuk vitamin ibu hamil


Pada peringkat awal ni kesihatan dan pemakanan amat penting bagi seorang ibu hamil. Maklumlah benih baru nak bercambah. Mesti ditatang bagai minyak yang penuh. Kebiasaanya ibu hamil perlu memastikan tekanan darah seimbang. Tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Pastikan HB sentiasa stabil.Tidak terlalu rendah kerana ia akan mengganggu proses pembetukan organ-organ pada bayi. Malah ia boleh menyebabkan keguguran.


tekanan darah yang sesuai untuk ibu hamil


Ibu mengandung juga perlu mengambil vitamin untuk memberikan tenaga tambahan. Almaklumlah pada peringkat awal ini pasti ibu hamil akan mengalami rasa lemah, tidak bermaya dan letih sahaja. Ini berlaku disebabkan perubahan hormon yang berlaku pada tubuh ibu hamil.

Justeru itu adalah penting bagi ibu yang baru sahaja disahkan hamil mengambil vitamin untuk mengekalkan nutrisi-nutrisi penting yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan.


Set eu four pack terbaik untuk vitamin ibu hamil

Vitamin Shaklee yang sesuai untuk ibu mengandung peringkat trimester pertama di panggilSet Eu-Four Pack. Jom kita baca vitamin untuk ibu mengandung peringkat awal trimester pertama di bawah:


Vitamin C
Vitamin C tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita. Jadi, kita kena dapatkan dari sumber luar. Vitamin C dapat mempertingkatkan sistem imun badan. Sistem imun yang kuat dapat menjadi benteng supaya kita tidak mudah dijangkiti penyakit. Kalau nak tau, sebiji vitamin C shaklee 500g adalah bersamaan dengan 6 1/2 biji buah oren tau! Sanggup ke nak makan sampai sebanyak tu sehari? sebiji buah oren navel (yg jenis manis tu..) RM1 jugak saya tengok kat pasaraya. Uniknya vitamin C Shaklee pula ia berteknologi pelepasan bermasa. Maksudnya 100mg vitamin c dilepaskan ke dalam tubuh setiap jam. Ini kerana, vitamin C adalah sejenis vitamin larut air dan mudah musnah. Kalau semua vitamin C tu terus dilepaskan waktu kita makan vitamin tu, badan kita tak dapat khasiat vitamin C tu sepenuhnya sepanjang hari.

B kompleks (asid folik)
Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. B kompleks juga adalah vitamin jenis larut air dan mudah musnah akibat stress, pencemaran dan sebagainya. Mengapa kita perlukan b kompleks dalam menu harian? B kompleks terdiri daripada kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu thiamin (B-1), riboflavin (B-2),niacin (B-3), pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin. Secara umumnya, B kompleks meningkatkan metabolisme badan, menukarkan gula kepada tenaga, menstabilkan hormon dan penting untuk kesihatan saraf. Dengan kata lain, B kompleks dapat mengurangkan stress, meningkatkan daya fikiran,  membuat wajah berseri-seri. Kalau nak tau, riboflavin dalam B kompleks lah yang memberikan warna kuning fluorescent pada urin dan susu ibu. 

Vitalea
Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, diformulasi dengan zat besi. Apakah beza Vitalea dengan multivitamin biasa?
Kemajuan Saintifik - Disokong oleh tujuh kajian klinikal.
Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif -Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru. 
Kualiti yang luar biasa - Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan.

Selain itu, Vitalea turut dilengkapi dengan zat besi. Apakah kepentingan zat besi, terutama bagi ibu menyusu? 
Bagi ibu yang telah datang menstrual, ibu akan kehilangan zat besi sebanyak 15%. Secara tak langsung, kandungan zat besi dalam susu ibu juga akan menyusut. Zat besi adalah sangat penting untuk perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak yang sihat. Pastikan ibu-ibu tidak memandang remeh pengambilan zat besi, terutama apabila bayi berumur 6 bulan ke atas. 

Pengambilan dengan Vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi yang optimum! Namun, elakkan pengambilan dengan susu atau ostematrix kerana kalsium dapat mengganggu penyerapan zat besi (vitalea).

Ostematrix
Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium semata-mata tidak mampu dimanfaatkan oleh tubuh tanpa magnesium dan vitamin D yang mencukupi. Ia ibarat batu-bata tanpa simen..  Begitu juga kalsium. Walau sebanyak mana anda consume kalsium, ia tak berguna selagi mana tidak diiringi dengan magnesium dan vitamin D sebagai pelengkap. Bagi yang telah mencuba Ostematrix sahaja tahu keberkesanannya mengatasi keletihan, cramp, kebas-kebas, sembelit dan banyak lagi. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan Ostematrix terbukti dapat membantu penghasilan susu ibu, provided konsep asas penyusuan (supply vs demand) dipatuhi dan ikut je saranan & tips daripada kami. 
Ostematrix adalah terbaik diambil sebelum tidur kerana penyerapannya adalah optimum sewaktu kita tidur kerana kurang kehilangan air. 

Set Eu-Four Pack memang terbukti sebagai vitamin terbaik untuk ibu mengandung peringkat awal trimester pertama. Tak percaya? Tengoklah gambar di bawah ini

Set eu four pack terbaik untuk vitamin ibu hamil




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:Asmaa Mohamad Salleh
♥ sms/whatsApp: 0199426177

Vagina Kembali Rapat Dan Mengigit Dengan Shaklee

MAK DARA WAJIB BACA!

Perhatian! Perhatian! Perhatian untuk mak-mak dara sahaja. Sila baca entri ini sampai habis. Tapi kalau yang masih solo nak baca juga, apa salahnya. 

Masalah ini sering dialami oleh wanita selepas bersalin. Hubungan suami isteri kian hambar tidak sehangat malam pertama dulu. Kenapa menjadi hambar? Adakah kerana vagina tidak rapat dan menggigit ketika fasa awal perkahwinan?

vitamin shaklee merapatkan vagina selepas bersalin


Kelazimannya ramai wanita mengalami masalah ini.  Wanita selepas melahirkan anak akan berasa susah hati lantaran alat sulit menjadi longgar dan tidak menggigit seperti malam pertama perkahwinan. Apapun isteri tidak boleh dipersalahkan 100% dalam hal ini. Melahirkan zuriat untuk suami  adalah perbuatan yang sangat mulia dan besar ganjaran pahalanya. Betul tak? Para suami jangan nak menafikan pengorbanan isteri anda!

Semasa proses mengandung, banyak perubahan berlaku kepada wanita terutamanya perubahan hormon, perubahan fizikal daripada segi luaran mahupun dalaman. Size pelvik wanita akan berubah menjadi besar bagi menyokong pembesaran janin. 

vitamin shaklee merapatkan vagina selepas bersalin

Disebabkan lantai pelvik berubah maka vagina pun berubah nak-nak semasa proses kelahiran yang normal. Semasa proses melahirkan anak, dinding vagina dan otot di sekeliling yang menyokong akan meregang bagi membuka laluan bersalin. Bagi yang pertama kali bersalin dan size bayi besar, pembukaan vagina dan dinding berkemungkinan akan koyak. 


Semasa proses kelahiran, doktor akan melakukan episotomi berdasarkan keadaan tertentu bagi memudahkan kepala bayi keluar. Jahitan luka tersebut akan sembuh dalam masa kurang seminggu. Bagi mempercepatkan cantuman jahitan ambik Zinc Complex

Vagina kembali rapat dan menggigit dengan Shaklee

Kini para isteri tidak perlu risau dan bimbang kerana dengan mengamalkan vitamin Shaklee ia mampu membuatkan encik suami kembali gembira dan bertambah sayang kepada isterinya. Aaaauww!

Vitamin E Shaklee

vitamin e shaklee merapatkan vagina selepas bersalin

Peranan vitamin E Shaklee kepada suami adalah:
  • Memberikan lebih tenaga untuk tempoh yang lebih panjang.
  • Tahap ereksi yang lebih lama.
  • Suami akan lebih cepat untuk teransang.
  • Proses orgasme lebih kerap dan suami lebih puas.
Peranan Vitamin E kepada isteri adalah:
  • Memberikan lebih tenaga untuk tempoh yang lebih panjang.
  • Merapatkan dan mengetatkan kembali bahagian sulit.
  • Tahap ereksi isteri juga lebih lama.
  • Isteri juga lebih mudah untuk teransang.
  • Memberikan kestabilan kepada hubungan suami dan isteri memandangkan ibu yang menyusu mempunyai hormon menyusu yang tinggia (kandungan prolaktin).

Alfalfa Complex

 Vagina Kembali Rapat Dan Mengigit Dengan Shaklee

Bagi wanita, disarankan agar mengambil sekali dengan Alfalfa kerana Alfalfa Shaklee berfungsi :
  • Membantu mengatasi masalah pelincir atau bahagian sulit kering ketika bersama suami.
  • Membantu mengatasi masalah keputihan.
  • Membantu untuk detoks dan mengatasi sembelit (kepada yang berkenaan).
Kebahagiaan rumah tangga amat bergantung bagaimana pasangan suami isteri mengemudi bahtera rumahtangga mereka. Jika hubungan keintiman semakin hambar, silalah lakukan sesuatu untuk menghangatkan kembali cinta anda. Perkahwinan bukan untuk sehari dua tetapi untuk sepanjang hayat. Pelaburan yang bijak seperti membeli vitamin cinta Shaklee mampu menyemarakkan cinta suami isteri. Apataknya, vagina kembali rapat dan menggigit membuatkan suami terdampar kepuasan! Alamak sorry terover plak! Aaauuw :)\\


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:Asmaa Mohamad Salleh
♥ sms/whatsApp: 0199426177

6 Tips Peranan Suami Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

SUAMI DAN ISTERI WAJIB BERKERJASAMA!

Kaum Lelaki atau suami memahami dengan jelas akan kepentingan dan kebaikan susu ibu sebagai pemakanan terbaik untuk pertumbuhan dan perkembangan minda anak. Namun demikian, masih ada segelintir kaum lelaki beranggapan untuk menjayakan penyusuan susu ibu hanyalah dibawah tanggungjawab isteri semata-mata. Bagi mereka, peranan suami terhad dalam penawaran berkaitan kewangan seperti pembelian kelengkapan bayi, pam susu berkualiti dan makanan sihat.

Untuk menjayakan penyusuan susu ibu ia memerlukan komitmen, keazaman dan pengorbanan tinggi yang bukan sekadar terangkum kepada seorang insan bergelar isteri sahaja. Malahan para suami juga berperanan penting untuk terlibat menggemblengkan tanggungjawab ini sekaligus mejayakan penyusuan susu ibu.

Jom kita baca 6 tips peranan suami menjayakan penyusuan susu ibu.

1. Sokongan moral

Suami perlu memberi galakan kepada isteri untuk memberi susu ibu sejak daripada awal isteri hamil dan selepas bersalin. Sokongan daripada suami amat diharapkan oleh isteri. Suami boleh bersama menimba ilmu penyusuan susu ibu. Kalau tak tahu semua pun tidak apa. Memadai tahu perkara asas serba sedikit kepentingan dan kelebihan susu ibu.

2. Sokongan dari segi emosi


Apabila selepas bersalin dan di awal penyusuan, pelbagai masalah yang isteri hadapi dalam menyesuaikan diri dengan dunia susu ibu. Permulaan susu ibu yang sedikit (kolostrum) selalu menjadi tekanan kepada isteri kerana menganggap tidak cukup susu. Tambahan pula jika keluarga menekan supaya bayi diberikan susu formula. Di siniah peranan utama suami diperlukan. Suami perlu memberi sokongan moral yang tak berbelah bahagi kepada isteri demi menjayakan penyusuan susu ibu. Pada peringkat ini memang diuji ketahanan mental. Suami perlu kuat dan sentiasa memberi motivasi galakkan kepada isteri. Jangan cepat mengalah dan berputus asa.

Kadang-kadang pelbagai masalah lain juga berlaku seperti bengkak susu, puting melecet, bayi meragam dan sebagainya. Maka suami perlu memberi sokongan supaya isteri terus tabah dan bersabar.

3. Membantu hal rumah tangga


Suami perlu membantu isteri dalam urusan rumah tangga terutamanya ketika isteri baru selepas bersalin dan sedang menyesuaikan diri dalam dunia penyusuan. Suami boleh mengambil alih tugasan seperti mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak, dan sebgainya. Biarlah isteri berehat seketika dan fokus kepada bayi dan penyusuan. 

4. Bersama berjaga malam


Pada awal kelahiran, bayi kadang kala sering berjaga atau kerap bangun malam untuk menyusu. Para suami sokonglah isteri dan bersama bangun malam walaupun sekadar menemani isteri menyusukan bayi. Ini dapat mengurangkn tekanan stress yang dialami oleh isteri. Jika bayi kerap berjaga malam sehingga pagi, ambillah giliran untuk menjaga bayi dan biarkan isteri tidur dan berehat seketika.


5. Sokongan kewangan


Bantulah isteri untuk bersama membeli peralatan penyusuan seperti pam susu, warmer, botol susu dan sebagainya. Jangan biarkan isteri keseorangan menampung semua barangan keperluan penyusuan. Banyangkan jika isteri tidak menyusukan bayi, berapa banyak wang yang perlu suami keluarkan setiap bulan untuk susu formula yang jauh lebih mahal.


6. Belikan vitamin ibu menyusu

Untuk memastikan isteri sentiasa sihat dan bertenaga, suami boleh membelikan isteri milkbooster atau vitamin ibu menyusu. Jika susu ibu mulai kurang dan merudum, segeralah untuk mendapatkan milk booster set 3M Shaklee. Insyallah dengan amalan pemakanan supplement tambahan dan tips ibu meyusu yang betul, isteri dapat menjayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. 


Imam Muda Hizbur  membelikan set vitamin ibu menyusu untuk isterinya

Isteri Imam Muda Hizbur




Kepada suami yang masih tercari-cari untuk membelikan isteri vitamin susu ibu, bolehlah klik set vitamin ibu menyusu

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:Asmaa Mohamad Salleh
♥ sms/whatsApp: 0199426177