jemput singgah & like

Khamis, 4 Disember 2014

SET KESUBURAN SHAKLEE

Set Kesuburan Shaklee
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya impikan cahayamata. Apalah ertinya sebuah rumahtangga tanpa kehadiran anak sebagai penyeri dan penghibur hati disaat suka dan duka. Namun bukan semuanya bertuah. Ada yang sudah bertahun bernikah tapi belum ada tanda-tanda si isteri berbadan dua. Dalam berihtiar ada yang menggunakan kaedah tradisional seperti berurut dan sebagainya dan ada juga yang menggunakan kaedah moden. Ramai juga yang mencuba kedua-dua cara untuk mendapatkan zuriat disamping turut memanjatkan doa kepada yang Esa. Saya yakin anda disini adalah untuk mencariSet Kesuburan sebagai ikhtiar untuk membantu anda atau isteri untuk hamil dan seterusnya mendapatkan cahayamata penghibur hati. 
Antara kaedah moden yang disyorkan adalah dengan mengambil supplemen. Alhamdulillah ramai telah memberi kepercayaan untuk mencuba set kesuburan shakleeuntuk suami isteri ini. Produk ini boleh di makan oleh lelaki dan wanita tau. Jadi oranglelaki, para suami pun kena ambil bahagian :-)

Apakah Set Kesuburan Shaklee ?

 Set Kesuburan Shaklee, adalah gabungan beberapa vitamin penting yang berfungsiuntuk menambah kesuburan suami isteri dan sekaligus meningkatkan tahap peratusankehamilan dan kebolehan untuk mengandung . Vitamin-vitamin ini sangat mustahak untuk melengkapkan kekurangan zat pada tubuh dan mengoptimumkan fungsi pembiakan  dan tubuh secara keseluruhannya.

Faktor dan Punca Penyebab Susah Mengandung

1. Makanan yang Mengurangkan Kesuburan Lelaki dan Wanita

Sebelum kita teruskan, kenali dulu apakah makanan yang boleh mengurangkan atau menjejaskan kesuburan wanita dan lelaki. Antara makanan yang perlu dikurangkan adalah makanan tinggi karbohidrat , gula dan manisan. Jauhkan makanan segera, makanan diproses atau yang di awet. Kurangkan juga perisa dan pemanis dalam makanan. Alkohol juga menjadi punca masalah ketidak suburan. Jadi suami dan isteri kena perhati juga cara pengambilan makanan ya. Kalau nampak ada yang terlebih tu usaha untuk kurangkan

2. Rokok

Dr. Hamid Arshat  dalam artikelnya yang berkaitan makanan meningkatkan kesuburan lelaki juga mengatakan rokok dan tembakau perlu dijauhi kerana ia boleh merosakkan kualiti sperma lelaki.Bagi yang merokok dan berniat untuk berhenti merokok namun sukarjangan risau, walaupun anda mungkin seorang perokok tegar,  ada sesuatu yang dapat membantu yang telah terbukti hasilnya. Hanya amalkan Vivix sesudu kecil setiap hari dan anda akan dapati lama-kelamaan rokok yang dihisap akan mula akan terasa pahit. Inilah yang berlaku kepada  perokok tegar. Ikuti Testimoni Vivix Cara Mudah untuk Berhenti Merokok.

3. Berat Badan Berlebihan

Satu lagi, faktor yang menyebabkan kesukaran untuk mengandung ialah masalah berat badan atau obesiti. Ada beberapa pelanggan yang akhirnya berjaya hamil setelah menurunkan berat badannya selepas mencuba Set Kurus Shaklee. Nyata, berat badan turut memainkan peranan dalam hal ini. Tuan, puan  boleh hubungi saya untuk berbincang lanjut mengenai Set Slimming ini.

Set Kesuburan Kehamilan Shaklee  Optimum(Premium) 

Ok baik, mari kita lihat seterusnya informasi berkaitan SET KESUBURAN SHAKLEE pula…
Apa yang ada dalam Set Kesuburan Shaklee ni ? Dan bagaimana ia dapat memberi manfaatdalam membantu pasangan mendapatkan anak ? Jom baca selanjutnya… 
Vitamin yang ada dalam SET KESUBURAN PREMIUM Optimum Shaklee ada 8 jenis yang merangkumi untuk suami isteri :
(1) ESP (Protein) 
Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan proses pembentukan janin. Protein yang tidak mencukupi dalam badan pula akan mengganggu kualiti sel pembiakan lelaki dan wanita. Bagi individu yang mempunya masalah sel telur ovum yang tidak matang, sedikit, kecil dantidak sihat,  disarankan mengambil ESP sebagai sumber protein. Ramai yang tersalah sangka yang ESP ni hanya untuk isteri, tapi sebenarnya suami pun boleh ambil. Tapi dalam kes ini, biar isteri sahaja yang ambil. Suami ada vitamin khas yang lain. 
(2) Vita-Lea (Multivitamin) 
Multivitamin lengkap untuk keperluan badan. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.  Kekurangan vitamin penting boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki dan telurwanita atau ovum
(3) Vitamin C 
Membantu proses menghasilkan atau sintesis hormon seks dan kesuburan
(4) B-Complex 
Memberi rasa tenang dan rilek serta menghindarkan stress. Seperti yang kita sedia maklum, tubuh dan otak stress menjadi antara  faktor penghalang untuk kehamilan terjadi. Jadi disinilah B-Compleks memainkan peranannya untuk menenangkan minda yang tertekan sekaligus meningkatkan peluang kehamilan 
*ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah Vitamin Asas yang utama untuk kesihatan badan.
(5) Vitamin E & Selenium -
Terkenal sebagai “vitamin seks”. Menggalakkan pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA). Juga berkhasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.
(6) Zinc 
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, mengekalkan kuantiti sperma, dan paras testosterone yang bersesuaian. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi suami akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, low count sperm dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagiwanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
(7) Alfalfa 
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haidyang tidak teratur atau senggugutsakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suamiisteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).
(8) GLA Complex – 
Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur atau sakit sebelum haid (PMS). GLA (Gamma Linolenic Acid) ini dapat bantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus). Mukus ini berfungsi untuk melindungi dan memudahkan sperma berenang ke ovum dengan lancarnya. Ia juga menyediakan medium yang subur untuk beberapa jangkamasa yang agak lama iaitu 4-5 hari yang sekaligus memberi peluang untuk si isteri mengandung walaupun seks dilakukan selepas waktu subur. 
Set Kesuburan Premium da Optimum Shaklee. Lengkap Untuk Suami Isteri
Kesemua 8 jenis vitamin tersebut adalah terkandung dalam Set Kesuburan Lengkap atauFull Set Shaklee. Kiranya set ini memang lengkap selengkapnyalah untukkesuburan lelaki dan wanita. Selain daripada set premium ini, kita juga ada Set Kesuburan Medium dan Set Kesuburan Bajet aka Set Kesuburan Asas.

Set Kesuburan Shaklee Untuk Isteri

Bagi yang inginkan set subur untuk isteri sahaja. Vitamin yang saya rekomenkan adalah seperti dibawah.
B Complex
ESP
GLA Complex
B-complexESP ShakleeGLA Complex
Set Kesuburan Shaklee Untuk Isteri
Selain untuk ketenangan B-Complex Shaklee ini juga lengkap dengan asid folik. Wanita yang ingin hamil memang digalakkan ambil asid folik. Jadi dengan B- Complex ini memang dah ada sekali. ESP tadi untuk kesuburan telur manakala GLA Complex pula untuk keseimbangan hormon dan menghasilkan medium kesuburan.

Set Kesuburan Shaklee Untuk Suami.

Vita-E Complex dan Zinc yang bertindak untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma selain mengekalkan paras hormon lelaki dan keinginan seksual.
Zinc Complex Kesuburan Lelaki & Atasi Keguguran RambutVita-E Kesuburan Lelaki
Set Kesuburan Shaklee untuk Suami
Berdasarkan kepada fungsi-fungsi supplemen yang saya utarakan tadi, nampak tak bahawa setiap vitamin di atas memainkan peranannya yang unik untuk membantu melonjakkan tahap kesuburan kita? Ramai yang telah menghubungi saya, menyatakan hasrat untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee ini kerana bukan sahaja semata-mata  untuk kesuburan malah membantu dari punca masalah kesihatan yang membantutkankesuburan itu sendiri.  Kiranya ia membantu dari puncanya.
Lagi sekali saya  ingin cadangkan agar kedua-kedua suami isteri mengambil supplemen kesuburan ini kerana lelaki juga mungkin menjadi punca utama mengapa wanita iaitu siisteri tadi sukar mengandungApabila kedua-dua berada ditahap yang optimum barulah lebih mudah kehamilan terjadi. Apa-apa pun bermula dengan si suami dulu. 
Dan bagi pasangan yang dah cuba pelbagai cara dan produk lain namun belum berhasil, saya sarankan ambillah Set Kesuburan Lengkap Shaklee. Lebih menyeluruh dan lengkap. Mungkin badan kita sendiri kekurangan vitamin lain yang tidak kurang pentingnya yang ada dalam multivitamin Vita-lea, dan Vita-C.

Set Kesuburan Shaklee Tahan Berapa Lama ?

Set ini tahan hampir 120 hari atau 4 bulan lamanya jika dimakan seorang untuk setiap jenis set, set subur lelaki dan wanita. Kecuali ESP yang biasanya tahan 1-2 bulan. Tapi Vita-C boleh mencecah sampai 6 bulan sebab dalamnya ada 180 biji. Sehari sebiji sahaja.
Lagi satu, anda tidak perlu ambil kesemua vitamin di atas jika ada kekangan bajet. Saya akan cadangkan vitamin asas atau yang mana sesuai dengan bajet anda. Tetapi jangan sesekali mengambil Trial Pack kesuburan kerana pek percubaan ini hanyalah untuk 30 hari sahaja, sedangkan sel-sel kita memerlukan masa 90 hari untuk diperbaharui. Jadi dengan Trial Pack mana mungkin anda mendapat kesan yang maksimum !
Lagi pun vitamin yang dibuka untuk di pek semula ni mungkin terdedah kepada kekotoran. Dalam kata lain sukar dipastikan tahap kebersihannya. Tak hygene la senang cerita. Jadi lebih baik ambil yang Set Medium atau Set Bajet. Dah tentu terjamin kualiti dan kebersihannya !

Set Kesuburan Shaklee Untuk PCOS, Testimoni.

PCOS atau Polycystic ovarian syndrome adalah penyakit yang mengganggu kesuburanwanita berkaitan dengan ketidaknormalan haid dan hormon yang sekaligus menyukarkan seseorang untuk mengandung.  Ingin saya kongsikan cerita yang salah seorang pelanggan saya yang telah mengambil Set Kesuburan Shaklee berjaya hamil setelah hanya sebulan mengamalkanya. Dan lebih mengejutkan beliau adalah pesakitPCOS berusia 43 tahun dan  hanya ada satu ovari saja ! Subhanallah, Ahamdulillah. Dan walaupun beliau yang ada masalah, namun beliau ambil sekali produk untuk suami, demi kesihatan lelaki dicintai. MasyaAllah, ciri ciri isteri solehah, tetap mahukan yang terbaik untuk suami.

Jemput baca kisah pesakit PCOS berjaya hamil    dan Testimoni Set kesuburan lain yang dikongsi. Klik untuk baca apakah PCOS dan kaitan dengan kehamilan dan kesuburan
Dengan itu jangan putus harap dan teruskan berusaha, mana tahu dengan ikhtiar ini, doa dan izinNya anda juga akan mendapat cahaya mata comel yang diidam-idamkan. Jika sudah positif nanti, boleh mula ambil Set Kehamilan untuk ibu mengandung  dan Set Berpantang pula. Kebanyakkan produk dalamnya pun lebih kurang sama saja jadi hanya tambah apa yang kurang. 
Untuk tahu lebih lanjut atau inginkan khidmat nasihat PERCUMA ? Konsultasi dan cara makan akan diberikan selepas pembelian Set Kesuburan Shaklee ini. Macam biasa, hanya emel atau call kami seperti di bawah. Kami akan kongsikan info lengkap dengan anda. Semestinya HALAL dan terbaik dari Shaklee.S


WAKIL JUALAN SELURUH MALAYSIA

HUBUNGI KAMI UNTUK ORDER SHAKLEE
Perlu Khidmat Rundingan?
Hubungi saya :
FB Page : Asmaa Mohamad Salleh
Shaklee Independent Distributor 

SMS/Whatsapp: 019-9426177

SERVICE 24 HOURS, 7 HARI SEMINGGU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan