jemput singgah & like

Ahad, 1 Jun 2014

Strok, Kolestrol dan Omega

Bahaya strok!

Strok merupakan punca kematian ketiga terbesar di Malaysia, selepas penyakit jantung dan kanser. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Walaupun kebanyakan kes menimpa orang dewasa, sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak.

Strok melibatkan - Emosi, Imbangan, Koordinasi, Penglihatan, Pendengaran, Deria rasa, dan Pergerakan Terkawal.




Terdapat 2 jenis strok iaitu

(1) Strok Iskemia - Gumpalan darah tersekat di arteri dan menghalang perjalanan darah. Kerap kali, strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.

(2) Strok berdarah - Apabila arteri pecah, darah dipaksa masuk ke dalam tisu otak, merosakkan sel-sel sehingga bahagian otak itu tidak dapat berfungsi. Penyakit darah tinggi yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri, menambahkan risiko ia pecah atau berdarah.

Jika anda pernah mengalami strok, besar kemungkinan anda ada mengambil ubat-ubatan yang ditentukan oleh doktor anda untuk mengurangkan risiko strok berlaku lagi.

Biasanya, ubat-ubatan itu membantu
* Merendahkan tekanan darah.
* Mengurangkan risiko gumpalan darah.
* mengurangkan tahap kolesterol ’tidak baik’.

Penting untuk anda mengambil ubat seperti yang ditentukan oleh doktor. Sesetengah orang berhenti mengambil ubat sebaik sahaja mereka merasa sihat – tanpa mengetahui yang mereka meletakkan diri sendiri dalam bahaya. Sepatutnya, anda meminta doktor anda menerangkan apakah dia ubat-ubat itu, kenapa anda patut mengambilnya, adakah sebarang kesan sampingan, dan jika anda mengalami apa-apa kesan sampingan yang tidak baik seperti pening atau mabuk-mabuk, anda mestilah memberitahu doktor anda.

*Sumber: NASAM (National Stroke Association of Malaysia)

Jika anda ingin mencuba pengambilan vitamin Shaklee, kami mencadangkan pengambilanShaklee OmegaGuard, yang diketahui fungsinya sebagai pemecah lemak dan kolesterol'tidak baik' (LDL), dan dalam masa yang sama bantu menambah kandungan kolesterol 'baik' (HDL).


Jika ada di antara ahli keluarga anda yang mengalami strok, boleh cuba amalkan OmegaGuard ini, namun jangan sesekali meninggalkan ubat dari doktor, melainkan dengan keizinan doktor. Boleh hubungi saya dengan lanjut untuk konsultasi & cara pengambilan (untuk customer SuperbVitamin sahaja!).

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:Asmaa Mohamad Salleh
♥ sms/whatsApp: 0199426177

Tiada ulasan:

Catat Ulasan