jemput singgah & like

Ahad, 1 Jun 2014

Vitamin Untuk Ibu Mengandung Peringkat Awal Trimester Pertama

Tahniah kerana hamil!

Salam ceria semua! Semoga sentiasa sihat dan bertambah-tambah rezeki. Opps bercakap pasal rezeki ni, mungkin ada antara kita yang baru naik pangkat, dapat rumah baru, beli kereta baru, dapat anak baru dan baru sahaja disahkan mengandung. Siapa sini yang baru disahkan mengandung? Sila angkat tangan! Huhuhuhu


Set eu four pack terbaik untuk vitamin ibu hamil


Pada peringkat awal ni kesihatan dan pemakanan amat penting bagi seorang ibu hamil. Maklumlah benih baru nak bercambah. Mesti ditatang bagai minyak yang penuh. Kebiasaanya ibu hamil perlu memastikan tekanan darah seimbang. Tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Pastikan HB sentiasa stabil.Tidak terlalu rendah kerana ia akan mengganggu proses pembetukan organ-organ pada bayi. Malah ia boleh menyebabkan keguguran.


tekanan darah yang sesuai untuk ibu hamil


Ibu mengandung juga perlu mengambil vitamin untuk memberikan tenaga tambahan. Almaklumlah pada peringkat awal ini pasti ibu hamil akan mengalami rasa lemah, tidak bermaya dan letih sahaja. Ini berlaku disebabkan perubahan hormon yang berlaku pada tubuh ibu hamil.

Justeru itu adalah penting bagi ibu yang baru sahaja disahkan hamil mengambil vitamin untuk mengekalkan nutrisi-nutrisi penting yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan.


Set eu four pack terbaik untuk vitamin ibu hamil

Vitamin Shaklee yang sesuai untuk ibu mengandung peringkat trimester pertama di panggilSet Eu-Four Pack. Jom kita baca vitamin untuk ibu mengandung peringkat awal trimester pertama di bawah:


Vitamin C
Vitamin C tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita. Jadi, kita kena dapatkan dari sumber luar. Vitamin C dapat mempertingkatkan sistem imun badan. Sistem imun yang kuat dapat menjadi benteng supaya kita tidak mudah dijangkiti penyakit. Kalau nak tau, sebiji vitamin C shaklee 500g adalah bersamaan dengan 6 1/2 biji buah oren tau! Sanggup ke nak makan sampai sebanyak tu sehari? sebiji buah oren navel (yg jenis manis tu..) RM1 jugak saya tengok kat pasaraya. Uniknya vitamin C Shaklee pula ia berteknologi pelepasan bermasa. Maksudnya 100mg vitamin c dilepaskan ke dalam tubuh setiap jam. Ini kerana, vitamin C adalah sejenis vitamin larut air dan mudah musnah. Kalau semua vitamin C tu terus dilepaskan waktu kita makan vitamin tu, badan kita tak dapat khasiat vitamin C tu sepenuhnya sepanjang hari.

B kompleks (asid folik)
Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. B kompleks juga adalah vitamin jenis larut air dan mudah musnah akibat stress, pencemaran dan sebagainya. Mengapa kita perlukan b kompleks dalam menu harian? B kompleks terdiri daripada kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu thiamin (B-1), riboflavin (B-2),niacin (B-3), pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin. Secara umumnya, B kompleks meningkatkan metabolisme badan, menukarkan gula kepada tenaga, menstabilkan hormon dan penting untuk kesihatan saraf. Dengan kata lain, B kompleks dapat mengurangkan stress, meningkatkan daya fikiran,  membuat wajah berseri-seri. Kalau nak tau, riboflavin dalam B kompleks lah yang memberikan warna kuning fluorescent pada urin dan susu ibu. 

Vitalea
Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, diformulasi dengan zat besi. Apakah beza Vitalea dengan multivitamin biasa?
Kemajuan Saintifik - Disokong oleh tujuh kajian klinikal.
Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif -Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru. 
Kualiti yang luar biasa - Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan.

Selain itu, Vitalea turut dilengkapi dengan zat besi. Apakah kepentingan zat besi, terutama bagi ibu menyusu? 
Bagi ibu yang telah datang menstrual, ibu akan kehilangan zat besi sebanyak 15%. Secara tak langsung, kandungan zat besi dalam susu ibu juga akan menyusut. Zat besi adalah sangat penting untuk perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak yang sihat. Pastikan ibu-ibu tidak memandang remeh pengambilan zat besi, terutama apabila bayi berumur 6 bulan ke atas. 

Pengambilan dengan Vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi yang optimum! Namun, elakkan pengambilan dengan susu atau ostematrix kerana kalsium dapat mengganggu penyerapan zat besi (vitalea).

Ostematrix
Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium semata-mata tidak mampu dimanfaatkan oleh tubuh tanpa magnesium dan vitamin D yang mencukupi. Ia ibarat batu-bata tanpa simen..  Begitu juga kalsium. Walau sebanyak mana anda consume kalsium, ia tak berguna selagi mana tidak diiringi dengan magnesium dan vitamin D sebagai pelengkap. Bagi yang telah mencuba Ostematrix sahaja tahu keberkesanannya mengatasi keletihan, cramp, kebas-kebas, sembelit dan banyak lagi. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan Ostematrix terbukti dapat membantu penghasilan susu ibu, provided konsep asas penyusuan (supply vs demand) dipatuhi dan ikut je saranan & tips daripada kami. 
Ostematrix adalah terbaik diambil sebelum tidur kerana penyerapannya adalah optimum sewaktu kita tidur kerana kurang kehilangan air. 

Set Eu-Four Pack memang terbukti sebagai vitamin terbaik untuk ibu mengandung peringkat awal trimester pertama. Tak percaya? Tengoklah gambar di bawah ini

Set eu four pack terbaik untuk vitamin ibu hamil




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:Asmaa Mohamad Salleh
♥ sms/whatsApp: 0199426177

Tiada ulasan:

Catat Ulasan