jemput singgah & like

Ahad, 1 Jun 2014

6 Tips Peranan Suami Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

SUAMI DAN ISTERI WAJIB BERKERJASAMA!

Kaum Lelaki atau suami memahami dengan jelas akan kepentingan dan kebaikan susu ibu sebagai pemakanan terbaik untuk pertumbuhan dan perkembangan minda anak. Namun demikian, masih ada segelintir kaum lelaki beranggapan untuk menjayakan penyusuan susu ibu hanyalah dibawah tanggungjawab isteri semata-mata. Bagi mereka, peranan suami terhad dalam penawaran berkaitan kewangan seperti pembelian kelengkapan bayi, pam susu berkualiti dan makanan sihat.

Untuk menjayakan penyusuan susu ibu ia memerlukan komitmen, keazaman dan pengorbanan tinggi yang bukan sekadar terangkum kepada seorang insan bergelar isteri sahaja. Malahan para suami juga berperanan penting untuk terlibat menggemblengkan tanggungjawab ini sekaligus mejayakan penyusuan susu ibu.

Jom kita baca 6 tips peranan suami menjayakan penyusuan susu ibu.

1. Sokongan moral

Suami perlu memberi galakan kepada isteri untuk memberi susu ibu sejak daripada awal isteri hamil dan selepas bersalin. Sokongan daripada suami amat diharapkan oleh isteri. Suami boleh bersama menimba ilmu penyusuan susu ibu. Kalau tak tahu semua pun tidak apa. Memadai tahu perkara asas serba sedikit kepentingan dan kelebihan susu ibu.

2. Sokongan dari segi emosi


Apabila selepas bersalin dan di awal penyusuan, pelbagai masalah yang isteri hadapi dalam menyesuaikan diri dengan dunia susu ibu. Permulaan susu ibu yang sedikit (kolostrum) selalu menjadi tekanan kepada isteri kerana menganggap tidak cukup susu. Tambahan pula jika keluarga menekan supaya bayi diberikan susu formula. Di siniah peranan utama suami diperlukan. Suami perlu memberi sokongan moral yang tak berbelah bahagi kepada isteri demi menjayakan penyusuan susu ibu. Pada peringkat ini memang diuji ketahanan mental. Suami perlu kuat dan sentiasa memberi motivasi galakkan kepada isteri. Jangan cepat mengalah dan berputus asa.

Kadang-kadang pelbagai masalah lain juga berlaku seperti bengkak susu, puting melecet, bayi meragam dan sebagainya. Maka suami perlu memberi sokongan supaya isteri terus tabah dan bersabar.

3. Membantu hal rumah tangga


Suami perlu membantu isteri dalam urusan rumah tangga terutamanya ketika isteri baru selepas bersalin dan sedang menyesuaikan diri dalam dunia penyusuan. Suami boleh mengambil alih tugasan seperti mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak, dan sebgainya. Biarlah isteri berehat seketika dan fokus kepada bayi dan penyusuan. 

4. Bersama berjaga malam


Pada awal kelahiran, bayi kadang kala sering berjaga atau kerap bangun malam untuk menyusu. Para suami sokonglah isteri dan bersama bangun malam walaupun sekadar menemani isteri menyusukan bayi. Ini dapat mengurangkn tekanan stress yang dialami oleh isteri. Jika bayi kerap berjaga malam sehingga pagi, ambillah giliran untuk menjaga bayi dan biarkan isteri tidur dan berehat seketika.


5. Sokongan kewangan


Bantulah isteri untuk bersama membeli peralatan penyusuan seperti pam susu, warmer, botol susu dan sebagainya. Jangan biarkan isteri keseorangan menampung semua barangan keperluan penyusuan. Banyangkan jika isteri tidak menyusukan bayi, berapa banyak wang yang perlu suami keluarkan setiap bulan untuk susu formula yang jauh lebih mahal.


6. Belikan vitamin ibu menyusu

Untuk memastikan isteri sentiasa sihat dan bertenaga, suami boleh membelikan isteri milkbooster atau vitamin ibu menyusu. Jika susu ibu mulai kurang dan merudum, segeralah untuk mendapatkan milk booster set 3M Shaklee. Insyallah dengan amalan pemakanan supplement tambahan dan tips ibu meyusu yang betul, isteri dapat menjayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. 


Imam Muda Hizbur  membelikan set vitamin ibu menyusu untuk isterinya

Isteri Imam Muda Hizbur




Kepada suami yang masih tercari-cari untuk membelikan isteri vitamin susu ibu, bolehlah klik set vitamin ibu menyusu

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:Asmaa Mohamad Salleh
♥ sms/whatsApp: 0199426177

Tiada ulasan:

Catat Ulasan